c dak ieja yg bermata besar:
Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza (lahir 3 Februari 1986 - ) merupakan pelajar
Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi, menari dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
Peribadi
Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Taiping, Perak dan kini bertugas di
Tawau,
Sabah. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri
Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.
Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.
Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke
Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan sedang menyambung pelajarannya kembali ketika ini.,,DEAN LIST ni..:)
Masalah Penglihatan
Di sebalik nama beliau yang sedang meningkat masyhur di serata negara, beliau juga mempunyai masalah kurang daya penglihatan yang menyebabkan beliau amat sukar untuk melihat dengan jelas tanpa menggunakan bantuan cermin mata. Sekiranya beliau membuat aktiviti tertentu seperti membuat persembahan nyanyian, beliau memakai kanta lekap.
Penglibatan dalam Akademi Fantasia
Heliza diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah dipilih oleh pihak penerbitan.
Lagu-lagu di Akademi Fantasia
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan kepada Heliza sewaktu berada di Akademi Fantasia ketika konsert konsert mingguan AF yang seterusnya:
Konsert Pertama : "Kau Pergi Jua" - nyanyian asal oleh
Adam AhmadKonsert Kedua : "Aku Bukan Untukmu" - nyanyian asal oleh Rossa
Konsert Ketiga : "Melodi Ahlan" - nyanyian asal oleh
WaheedaKonsert Keempat : "Torn" - nyanyian asal oleh Natalie Imbruglia
Konsert Kelima : "Diam-Diam Jatuh Cinta" - nyanyian asal oleh
Ramlah RamKonsert Keenam : "Nafas Cahaya" - nyanyian asal oleh
Misha OmarKonsert Ketujuh : "Rindu Merindu" - nyanyian asal oleh Fauziah Idris
Konsert Kelapan : "Kesal" - nyanyian asal oleh
EllaKonsert Kesembilan : "Ya Atau Tidak" - nyanyian asal oleh
Erra FaziraKonsert Akhir : "Cinta Boneka" - nyanyian asal oleh
D-VaKonsert Akhir : "Cinta Di Lautan Lalang" - ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Loloq
Pendidikan
Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Rendah Treacher Methodist Girl School, Taiping, Perak.
Sekolah Menengah Treacher Methodist Girl School, Taiping, Perak.
Sekolah Menengah Konven St. Ursula, Tawau, Sabah.
Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Wilayah Persekutuan Labuan.
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.